Amal Yang Membuka Pintu Syurga





Tidak seperti kebiasaannya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang Asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kepulangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah.

“Maaf sayangku, hari ini aku tidak membawa sesenpun.”

Fatimah menyahut sambil tersenyum, “Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Taala.”

“Terima kasih,” balas Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukkan sikap kecewa atau sedih.

Ali lalu berangkat ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Sepulang dari solat, di jalan dia ditahan oleh seorang tua. “Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abi Thalib?”

Ali menjawab dengan hairan, “Ya betul. Ada apa, Tuan?”

Orang itu mnecari sesuatu di dalam begnya seraya berkata, “Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Belum sempat ku membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya.”

Dengan gembira Ali mengambil haknya daripada orang itu sebanyak 30 dinar.Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka ketika Ali menceritakan kajadian itu. Dan dia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak risau lagi dengan keperluan sehari-hari.

Ali bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk pasar, dia melihat seorang fakir menadahkan tangan, “Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, sedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekanlan di perjalanan.”

Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan semua wangnya kepada orang itu.

Ketika dia pulang, Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa. Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih senyum dan berkata,

“Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang dimurkai-Nya, dan yang menutup pintu Syurga untuk kita.

No comments:

Post a Comment