Doa Rabiatul Adawiyah-munajat ditengah malam-

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu."

Tentang Hati

Slide 5
Ketika Luqman diperintahkan oleh majikannya untuk mengambil
bahagian terbaik' dari haiwan korban, dia mengambilkan 'hati dan lidah'.
Dan ketika dia disuruh untuk mengambil bahagian terburuk, dia kembali
membawa bahagian yang sama. Tuannya hairan dan bertanya, "Ketika
Aku menyuruhmu mengambilkan bahagian terbaik engkau
membawakanku 'hati dan lidah'. Sekarang, engkau juga memberikan
kepadaku organ yang sama. Kenapa?"
Luqman menjelaskan bahawa tidak ada yang paling baik daripada
makhluk, kecuali hati dan lisannya. Dan sebaliknya, tidak ada yang
Paling jelek dan kotor daripada hamba selain 'hati dan lisannya'.
Nabi SAW secara menjelaskan kepada kita, "Ketahuilah bahawa di
dalam jasad itu ada segumpal darah. Jika ia baik, maka jasad akan baik
seluruhnya. Namun jika ia rosak, maka jasad (juga) rosak seluruhnya.
Itulah hati."
Hati adalah raja dalam tubuh. Ia penguasa. Perintah dan
larangannya ditaati oleh seluruh anggota badan. Namun, jika raja tidak
pernah 'dijamu' ia akan lemah dan tidak dapat memerintah
dengan baik dan berwibawa. Kalau 'sang raja' sudah tidak berwibawa
lagi, sekali gus rakyatnya akan rosak.
Oleh itu, 'sang raja' hams selalu diajak berjalan-jalan.Hams dibawa
melintasi lautan hikmah. Agar tidak lelah dan lesu. Imam Ali ibn Abi
Thalib menjelaskan: "Rehatkanlah hati itu dan carikan untuknya sentuhan hikmah.
Kerana ia merasa bosan, sebagaimana halnya tubuh"
Slide 5
Ada apa dengan hikmah? Hikmah adalah 'mutiara yang hilang' daripada
setiap kita sekalian hamba. Barangsiapa yang menemukannya, dia lebih
berhak untuk memungutnya kembali, dernikian bunyi sebuah ungkapan. Amat
berharganya 'hikmah' itu, Allah menyatakan: "Barangsiapa yang diberi
hikmah, ia telah dikurnia kebaikan yang banyak... (Qs. Al-Baqarah [2]: 269).
Merehatkan hati adalah sesuatu yang sangat menyenangkan jika kita
tahu ke mana arah yang hendak dibawa. Jika tidak, hasilnya juga tidak akan
baik. Maka itu harus pergi ke lautan hikmah seperti yang disebutkan agar hati
Tidak cepat bosan, lelah dan lesu. Ibarat tubuh, hati juga harus diberi
'makan' dan 'minum', Dengan dernikian, ia akan tetap bertenaga.
Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menjelaskan: "Barangsiapa yang
menginginkan hati yang bersih, hendaklah ia lebih mendahulukan Tuhannya
berbanding syahwatnya. Kerana hati yang 'terpaut' oleh syahwat tertutup dari
Allah sesuai dengan kadar 'keterpautannya' dengan syahwat itu. Hati adalah
'wadah‘ Allah di atas bumi-Nya. Maka hati yang paling dicintai adalah
yang lebih 'tinggi' (kadar kesuciannya), lebih keras (kuat) dan lebih bersih. Jika
hati itu diberi makan dengan 'zikir', disiram dengan tafakur dan dibersihkan
dari cela, ia akan mampu melihat pelbagai keajaiban dan akan diilhami oleh
hikmah."
Subhanallah! Itulah daerah dan kawasan 'santai hati'. Tidak banyak.
cukup tiga saja - zikir, tafakur dan bersih dari cela. Adakah yang mengatakan
bahawa ketiga hal tersebut berat? Atau, ada yang mengatakan bahawa tiga
kawasan itu sulit ditempuh dan dilewati? Tentu, jawapannya lebih bijak jika
disimpan di dalam 'hati' masing-masing.

Amal Yang Membuka Pintu Syurga





Tidak seperti kebiasaannya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang Asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kepulangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah.

“Maaf sayangku, hari ini aku tidak membawa sesenpun.”

Fatimah menyahut sambil tersenyum, “Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Taala.”

“Terima kasih,” balas Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukkan sikap kecewa atau sedih.

Ali lalu berangkat ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Sepulang dari solat, di jalan dia ditahan oleh seorang tua. “Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abi Thalib?”

Ali menjawab dengan hairan, “Ya betul. Ada apa, Tuan?”

Orang itu mnecari sesuatu di dalam begnya seraya berkata, “Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Belum sempat ku membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya.”

Dengan gembira Ali mengambil haknya daripada orang itu sebanyak 30 dinar.Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka ketika Ali menceritakan kajadian itu. Dan dia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak risau lagi dengan keperluan sehari-hari.

Ali bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk pasar, dia melihat seorang fakir menadahkan tangan, “Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, sedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekanlan di perjalanan.”

Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan semua wangnya kepada orang itu.

Ketika dia pulang, Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa. Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih senyum dan berkata,

“Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang dimurkai-Nya, dan yang menutup pintu Syurga untuk kita.

Ku sisipkan sebuah sajak untukmu....


Wahai teman…
Sudah sekian lama kita bersama
Mengharungi onak duri
Alam pembelajaran
Suka dan duka
Telah kita lalui
Namun ….
Masanya sudah tiba
Untuk kita mengakhiri petemuan ini
Dengan sebuah perpisahan
Entah untuk berapa lama lagi
Kita akan bertemu lagi
Mungkin hanya sehari dua
Ataupun hanya satu minggu
Atau untuk jangka masa yang lebih lama
Namun ku harap perpisahan kita kali ini
Akan membawa sebuah pertemuan
Yang lebih bermakna pada masa depan
Tapi kini ingin ku ukirkan
Seribu kemaafan
Atas silap dan salah ku
Sepanjang kenalan kita
Ku doakan pada Yg Esa
Akan memberkati perjuangan kita
Pada masa depan ……
Selamat berpisah wahai “sahabatku”………

Menjadi Seorang Sahabat


Ada satu perbezaan antara menjadi seorang kenalan dan menjadi seorang sahabat.

Pertama, seorang kenalan adalah seorang yang namanya kau ketahui, yang kau lihat berkali-kali, yang dengannya mungkin kau miliki persamaan, dan bila disisinya kau merasa tenang. Ia adalah orang yang dapat kau undang ke rumahmu dan dengannya kau berkongsi kebahagiaan. Namun mereka adalah orang yang dengannya tidak akan kau kongsi hidupmu, yang tindakan-tindakannya kadang-kadang tidak kau mengerti kerana kau tidak cukup tahu tentang mereka.

Sebaliknya, seorang sahabat adalah seseorang yang kau cintai,fahami dan sayangi... Bukan kerana kau jatuh cinta padanya, namun kau peduli akan orang itu, dan kau memikirkannya ketika mereka tidak ada.

Sahabat-sahabat adalah orang dimana kau diingatkan ketika kau melihat sesuatu yang mungkin mereka sukai, dan kau tahu perkara itu kerana kau mengenali mereka dengan baik.

Mereka adalah orang-orang yang fotonya kau miliki dan wajahnya selalu ada di kepalamu.

Mereka adalah orang-orang yang kau lihat dalam fikiran mu ketika kau mendengar sebuah lagu di radio kerana mereka membuat dirimu berdiri bersama mereka dan mengajakmu menari atau menyanyi bersama dengan mereka atau mungkin kau yang menyanyi dengan mereka.

Mungkin mereka pernah mengurut kakimu, atau sekadar menempatkan kepala mereka di bahumu.

Mereka adalah orang-orang yang diantaranya kau merasa tenang kerana kau tahu mereka peduli terhadapmu.

Mereka menelefon hanya untuk mengetahui apa khabarmu, kerana sahabat sesungguhnya tidak punyai suatu alasan pun.

Mereka berkata jujur pertama kali dan kau melakukan hal yang sama.

Kau tahu bahawa jika kau memiliki masalah, mereka akan bersedia mendengar.

Mereka adalah orang-orang yang tidak akan menertawakanmu atau menyakitimu, dan jika mereka benar-benar menyakitimu, mereka akan berusaha keras untuk memperbaikinya.

Mereka adalah orang-orang yang kau cintai dengan sedar ataupun tidak.

Mereka adalah orang-orang dengan siapa kau menangis ketika kau tidak diterima di perguruan tinggi dan selama lagu terakhir di pesta perpisahan kelas dan saat-saat terakhir bersamanya.

Mereka adalah orang-orang yang pada saat kau peluk, kau tak akan berfikir berapa lama memeluk dan siapa yang harus lebih dahulu mengakhiri.

Mungkin mereka adalah orang yang memegang cincin pernikahanmu, atau orang yang mengantarkan / mengiringmu pada saat pernikahanmu,atau mungkin adalah orang yang kau nikahi…