Mutiara Kata

“Apabila hubungan kita dengan Allah swt terjaga, InsyaAllah hubungan kita dengan manusia pada masa yang sama akan turut dijaga oleh Allah swt..yang utama jagalah hubungan dengan Allah, secara tak langsung hubungan kita dengan sesama manusia akan dipeliharaNya.”


---------------------------------
‎".....Tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk meluah rasa. Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa Agama. Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ingat, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan, jangan berputus asa! Sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat Allah SWT. Sungguh Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu...."


---------------------------------
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan..
-Imam Hasan Al-Basri-


-----------------------------------
Bila ALLAH ada di dalam hatimu, kamu seolah-olah MEMILIKI segala-galanya..itulah KEKAYAAN, KETENANGAN dan KEBAHAGIAAN yang hakiki..YAKINLAH denganNya.. InsyaALLAH (◠‿◠)


-------------------------------
‎"Allah bersumpah demi jiwa dan seluruh penyempurnaan-Nya. Setelah itu Dia mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan kepada manusia. Maka beruntunglah siapa yang mensucikan hatinya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya"


--------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? 

~~Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah-lembut serta mudah dibawa berunding." 


--------------------------------
Persahabatan adalah Anugerah.Membuat kita Tertawa, Menangis, Menerima, Memberi, dan yang paling penting, membuat kita MENGHARGAI HIDUP..


--------------------------------
"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad) 


---------------------------------
"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28) 


--------------------------------
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf : 8) 


--------------------------------
Sucikanlah HATIMU kerana HATI adalah raja yang memerintah seluruh amalan. 
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan Allah S.W.T. Maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. ~


------------------------------- 
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ 










No comments:

Post a Comment