Wahai Kaum Hawa


Beritahu pada perempuan itu dirinya ibarat kaca..di sentuh terguris, di hantuk serpih, di hempap berkecai..

Beritahu pada perempuan itu jaga tingkah laku..jaga pakaian..harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah..di mana & dalam keadaan macam
mana pun, biar org kenal...Dia orang ISLAM...

Beritahu pada perempuan itu simpan secebis mal
u kerana malu itu, sebahagian daripada iman..


Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis untuk melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan t

ersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma , jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.......

____________________~...~...~...~...~...~ ___________________

Ku RELA stokin kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PECIKKAN API NERAKA..

Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA..

Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku sehingga MENDIDIH OTAK derita..
~ Muhasabah bersama..

JANGANLAH gurau sebarangan dengan HATI PEREMPUAN..mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah TERUSIK
Jangan menyentuh jika TIDAK BERNIAT mahu MEMETIK

Wanita Solehah ialah BIDADARI SYURGA =))


Ramadhan~Syawal~Merdeka


Assalamualaikum...


Ramadhan kian melabuhkan tirai...
Syawal akan mnggantikan suasana...
adakah ini Ramadhan terakhir kita..?
sempatkah kita meraikan kemenangan di bulan Syawal...?

Semoga amal ibadahku serta keluarga, sahabat2
diterima olehMu Ya Allah...

raikanlah kemenangan kali ini dengan kesederhanaan..
tidak perlu terlalu mencari kesempurnaan...cukuplah sekadar
mengikut kemampuan...

seperti lirik lagu raya dari kumpulan senario
"Kita harus kuatkan iman Hidup ini banyak dugaan Memang tidak dinafikan Dari itu kita elakkan Di bulan Ramadan memang tak tahan Jangan ikut perangai syaitan "

InsyaAllah...semoga kita sentiasa dalam keredhaanNya....
Hiaskan dirimu dengan iman dan taqwa di pagi Aidilfitri...
kerana itu...ilmu puasa kita dah amalkan InsyaAllah... jangan lupa
ilmu untuk berhari raya...harus ada...ilmu ziarah, ilmu juadah,
ilmu berhias, ilmu segala macam....
jadikan pesta ibadah kita berakhir dengan pesta kemenangan yang
akan membawa barakah....

dari bulan Ramadhan yang akan membawa ke syawal ini kita akan
menyambut Hari Kemerdekaan... dengan kemerdekaan ini juga lah
kita masih berkesempatan menyambut bulan Ramadhan dan Syawal...
Harap tidak dilupakan...terima kasih Ya Allah...

akhir kalam... Salam Aidilfitri dari saya dan keluarga... Salam seribu kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita semua..saya juga turut memaafkan kalian... sama2 kita sentiasa saling memaafkan bukan hanya di musim ini sahaja tetapi sepanjang masa... InsyaAllah..

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan... semarakan Raya dan Merdeka
dengan penuh keikhlasan....

"doalah sesama Muslim...kerana kita tidak tahu doa siapa yang akan diterima olehNya"

Salam sayang ~
~Nur Isma~

Teman

Teman, aku ingin..


aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,


persahabatan dijalin kerana al-Khalid,


harta dikorban bukan sedikit,


cintakan kebenaran, sanggup bersakit.




serta tawakkal Ibrahim mulia,


ketika meninggalkan insan tercinta,


di bumi taandus tanpa bicara,


menyakini Allah sebagai Penjaga.




Aku impikan antara kita seorang Umar,


berdiri tatkala tunduknya manusia,


bersuara tatkala diamnya mereka,


menggerunkan musuh durjana.




serta senyuman Syed al-Qutb,


ketika berhadapan dengan tali maut,


akidah mantap tidak terrenggut,


roh dakwahnya tidak surut.




Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,


menahan penahan Hajjaj dengan rela,


bersama si ibu tua,


lantas syahid, rohnya ke syurga.




marilah kita menyemai benih Hasan al-Banna,


fikirannya jernih, menggegar dunia,


merelakan tubuhnya dimamah peluru,


demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.




aku cintakan pemuda Giffari,


menentang kezaliman walaupun diancam,


moga kan lahir lagi di abad ini,


jiwa jitu pemuda yang x pernah suram.




Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,


tetap mencintai saudaranya,


walaupun dihumban ke perigi tua,


terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.




Aku ingin pusara kita harum mewangi,


bagai harumnya pusara Masyitah,


semerbak kasturi,




Aku ingin persahabatn indah ini,


bisa menjadi syafaat,


di mahkamah Masyar nanti.


Terima kasih semua sahabat-sahabatku,


kaulah yang menjadi nadi kepadaku di dunia,


tanpa kau tidak kan ku dapat menjadi insan tawadduk,


moga persahabatan kita semua diredai Allah S.W.T.....

Sulitnya Memaafkan...

Peluang kedua...yer peluang kedua shbt2 skalian...


pernah dpt peluang kedua? gagal ujian..boleh retest...gagal memaafkan?


"Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin."


biasa sudah kan kalian dgn wadah sdmkian..justeru..

berilah peluang kedua...hanya sedikit khilaf y bgtu tksan dhti kita apatah lg khilaf y kta lkukan pd Allah swt..Allah Maha Mengetahui...Maha Pengampun...


Jgn krn nila setitik, rosak susu sebelanga...

jgn angkuh dek arus dunia..ttpi malulah krna kita xakan mndpt tmpt disisiNya...


Maafkanla..

hurmm...masih berkira2? akan dprtmbangkan? nnt la fikir?

dimana sikap baikmu? toleransimu? sifat2 idaman teman2 seperjuangnmu?


Lembutkanlah hatimu...kelak kita xakan mnysal..

malah lebih tenang..

SubhanaAllah....

jgn nnt suatu hari kta berkata

"kalaulah ak maafkan...xkan jd bgni"

begitu kecewa dgn diri sndiri...begitu malu...

sedarlah kalian...


rindukan lafaz ini...

lafaz ini sahabat...


"ALHAMDULILLAH"....tarik nafas pnjg2...waktu itu...

iringilah dgn sujud syukur...Allah telah mmbuka hati kita...


SAHABAt...TERIMA KASIH ^_^


Buka mindamu..lapangkan dadamu..buka seluas2nya...

sahabtmu...dunia akhirat...


'Ya Allah, aku maafkan semua kesalahan dari saudara-saudaraku yang mereka lakukan padaku hari ini baik yang disengaja maupun tidak'.


**Amalkan sblm tidur..InsyaALLAH pintu syurga Allah akan terbuka luas untukmu...


-----> peringtan utk diriku & dirimu <-----------


maafkan & lupakan...

bkn skdar memaafkan tapi tidak melupakan...

InsyaAllah...mudah2n Allah beri kekuatan..

Hadapi dgn ikhlas & istiqamah ....