Sifat-Sifat~NYA


Sahabat semua nak tahu tak, 

Salah seorang sahabat Nabi saw, pernah berkata, 
Apabila dia bersama-sama dengan Nabi saw, 
Setiap darinya selalu merasakan bahawa dialah yang paling istimewa di sisi Rasulullah s.a.w. 
Tengok adab bersahabat yang Nabi tunjukkan. 
Hebat kan..:-)
Apabila bersama dengan mereka semua, 
Nabi saw selalu memberi nasihat sesuai untuk setiapnya dengan penuh kasih sayang... 
Kita? 
Yang kawan ni kita tunjuk sayang lebih,
Yang kawan ni pulak, kita biasa-biasa je. 
Sebenarnya tiada pengkhususan sahabat baik atau kawan biasa, semuanya adalah hambaNYA yang Allah hadir untuk mengajarkan kita sesuatu, 
Tak kiralah benda tu menyakitkan hati ke, 
Menyenangkan hati ke, 
Semua itu ujian, yang mana setiapnya ada ganjaran yang akan Allah berikan jika kita laluinya dengan cara yang DIA kehendaki. Bukankah ujian itu tujuannya untuk kita kembali kepadaNYA semula?"

Maha suci Allah, Segala-gala yang diberikan kepada kita itu adalah untuk kita kenal Allah dengan sebaiknya. Maha Suci Allah, Dunia yang luas ini adalah untuk kita memikirkan semula asma'ul husna, sifat-sifatNYA yang tidak dimiliki oleh sesiapa, Tetapi dipinjamkan sebentar kepada hamba-hambaNYA untuk kita merasainya.Ibaratnya;"Kalau seorang ibu itu pengasih kepada anaknya, maka Allah itu berkali ganda pengasihnya. Kalau kita rasa tenang dan damainya dalam pelukan seorang ibu yang pengasih, maka berkali ganda juga lah ketenangan yang kita perolehi apabila kita mengenali Maha Pengasihnya Allah"

Pergunakanlah apa-apa sahaja di dalam dunia ini untuk kita mengenali Allah, Mencari keredhaanNYA, dan seterusnya menjadi hambaNYA yang baik. Maha Suci Allah.Kerana DIA lah juga, Segala yang saya taipkan ini dibaca oleh anda, Dan Maha Suci Allah, InsyAllah...isi dan kefahamannya itu juga dari-NYA. Maka, marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Allah SWT.

Alhamdulillah. :-)


Wahai anak, tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan." 



~Sheikh Abdul Qadir Jailani~




*sumber fb