Ramadhan~Syawal~Merdeka


Assalamualaikum...


Ramadhan kian melabuhkan tirai...
Syawal akan mnggantikan suasana...
adakah ini Ramadhan terakhir kita..?
sempatkah kita meraikan kemenangan di bulan Syawal...?

Semoga amal ibadahku serta keluarga, sahabat2
diterima olehMu Ya Allah...

raikanlah kemenangan kali ini dengan kesederhanaan..
tidak perlu terlalu mencari kesempurnaan...cukuplah sekadar
mengikut kemampuan...

seperti lirik lagu raya dari kumpulan senario
"Kita harus kuatkan iman Hidup ini banyak dugaan Memang tidak dinafikan Dari itu kita elakkan Di bulan Ramadan memang tak tahan Jangan ikut perangai syaitan "

InsyaAllah...semoga kita sentiasa dalam keredhaanNya....
Hiaskan dirimu dengan iman dan taqwa di pagi Aidilfitri...
kerana itu...ilmu puasa kita dah amalkan InsyaAllah... jangan lupa
ilmu untuk berhari raya...harus ada...ilmu ziarah, ilmu juadah,
ilmu berhias, ilmu segala macam....
jadikan pesta ibadah kita berakhir dengan pesta kemenangan yang
akan membawa barakah....

dari bulan Ramadhan yang akan membawa ke syawal ini kita akan
menyambut Hari Kemerdekaan... dengan kemerdekaan ini juga lah
kita masih berkesempatan menyambut bulan Ramadhan dan Syawal...
Harap tidak dilupakan...terima kasih Ya Allah...

akhir kalam... Salam Aidilfitri dari saya dan keluarga... Salam seribu kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita semua..saya juga turut memaafkan kalian... sama2 kita sentiasa saling memaafkan bukan hanya di musim ini sahaja tetapi sepanjang masa... InsyaAllah..

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan... semarakan Raya dan Merdeka
dengan penuh keikhlasan....

"doalah sesama Muslim...kerana kita tidak tahu doa siapa yang akan diterima olehNya"

Salam sayang ~
~Nur Isma~

Teman

Teman, aku ingin..


aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,


persahabatan dijalin kerana al-Khalid,


harta dikorban bukan sedikit,


cintakan kebenaran, sanggup bersakit.




serta tawakkal Ibrahim mulia,


ketika meninggalkan insan tercinta,


di bumi taandus tanpa bicara,


menyakini Allah sebagai Penjaga.




Aku impikan antara kita seorang Umar,


berdiri tatkala tunduknya manusia,


bersuara tatkala diamnya mereka,


menggerunkan musuh durjana.




serta senyuman Syed al-Qutb,


ketika berhadapan dengan tali maut,


akidah mantap tidak terrenggut,


roh dakwahnya tidak surut.




Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,


menahan penahan Hajjaj dengan rela,


bersama si ibu tua,


lantas syahid, rohnya ke syurga.




marilah kita menyemai benih Hasan al-Banna,


fikirannya jernih, menggegar dunia,


merelakan tubuhnya dimamah peluru,


demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.




aku cintakan pemuda Giffari,


menentang kezaliman walaupun diancam,


moga kan lahir lagi di abad ini,


jiwa jitu pemuda yang x pernah suram.




Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,


tetap mencintai saudaranya,


walaupun dihumban ke perigi tua,


terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.




Aku ingin pusara kita harum mewangi,


bagai harumnya pusara Masyitah,


semerbak kasturi,




Aku ingin persahabatn indah ini,


bisa menjadi syafaat,


di mahkamah Masyar nanti.


Terima kasih semua sahabat-sahabatku,


kaulah yang menjadi nadi kepadaku di dunia,


tanpa kau tidak kan ku dapat menjadi insan tawadduk,


moga persahabatan kita semua diredai Allah S.W.T.....