Irinya Hati

Melihat gerak gerinya, langkahnya, tutur katanya..
Ada sahaja mata yang melihat.. membawa hati tidak kena..
Ya Allah.. rasa apa ini.. jauhkanlah dari rasa iri dan dengki..

Bisa berlapang dada..?
Bisa diam sahaja..?

Tetapi kenapa masih gundah..
Ekor mata tidak mahu tidak, tercuri-curi melihatnya..

Ketentuan kepada kemampuan itu kelebihannya..
kenapa masih mahu mempertikaikannya..

LIHAT dirimu! 
masih lemah..
longlai dengan arus dunia..

Ya Allah.. rasa apa ini..
Rasa ini baikkah?
baik untuk siapa...








AYUH! muhasabah....

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasannya Nabi SAW bersabda,
Jauhilah oleh semua sifat dengki/iri hati itu, karana sesungguhnya sifat dengki itu bisa menghabiskan amal-amal kebaikan sebagaimana api menghabiskan kayu bakar “
(HR Abu Dawud)

*****

Boleh iri hati dengan dua hal :

Tidak ada iri hati kecuali terhadap dua perkara, yakni seorang yang diberi Allah harta lalu dia belanjakan pada jalan yang benar, DAN seorang diberi Allah ilmu dan kebijaksaan lalu dia melaksanakan dan mengajarkannya. (HR. Bukhari)


koreksi diri..
top up yang mana kurang..
kurang yang disengajakan atau yang benar tidak disengajakan..
sendiri boleh nilai dan muhasabah..

bila tahu lemah..
bila tahu tidak tahu..
INFIRU!! bangkitlah..
bagaimana mahu mula..
ILMU itu di mana-mana..

Kerah tenaga mu..
cari ilmu..

iri hati sahaja..
tidak guna..
tidak guna tanpa tindakan..


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Menuntut ilmu merupakan kewajiban atas setiap muslim.
 [HR. Ibnu Majah, no:224, dishahihkan oleh Syeikh Al-Albani di dalam Shahih Ibni Majah]


-Qawiy! Ana Hawilah-


No comments:

Post a Comment