Surah Al Insyirah - Kelebihannya


"Assalamualaikum, doakan urusan ana hari ini..doa orang soleh/solehah ni sgt di dambakan"

"Waalaikumussalam.. InsyaAllah.. baca surah Al Insyirah ya.. ^_^ "



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN..
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa SESUNGGUHNYA TIAP-TIAP KESUKARAN DISERTAI KEMUDAHAN..
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
 Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.
>> Berusaha, dan betulkan niat..letak tgn didada...tarik nafas pjg..semoga Allah mmberi ketenagan pada kita <<
||semoga bermanfaat untuk semua||

#mohon alim/alimah yang baca tegur jika ada salah silap di mana2.. syuqran jiddan!!

No comments:

Post a Comment